Aku, Ovarian Cyst dan Endometriosis (Part 3)
Assalamualaikum w.b.t
Part 1:Klik sini!
Part 2: Klik sini!
Part 3: Malam selepas procedure laparoscopy.
Malam tu lepas aku tanya suami dah pukul berapa & suami pun dah balik, aku sambung tido. Tapi asyik terjaga sebab tak selesa. Tak tahu rasa apa.. Sakit tak rasa sangat, mungkin sebab ubat bius masih ada. Tapi aku sedar tekak perit (almost takda suara) & terasa basah dekat bahagian bawah. At first aku ingat aku kencing (hahahaha). Sebab rasa tu tak tau rasa apa. Tapi bila bergerak sikit je terasa ada cecair keluar dr Miss V.
First aku sedar bila nurse datang check suhu badan & tekanan darah. Tak pasti pukul berapa. Time tu memang tengah mamai giler. Tak tanya pape pun dekat nurse. Lepas tu terjaga sekali lagi nurse datang gantikan cecair ape ntah. Sama antibiotik atau ubat tahan sakit. Time tu aku cakap ngan nurse rasa basah. Nurse angkat selimut & selak baju. Dia suruh aku angkat punggung. Time tu baru rasa tegang kat perut. Dia cakap ada darah. Dia tanya ada pad tak? Of course lah takde kan.. Sebab bukan time period aku. So tak standby pad pun dalam beg. So sesiapa yang akan jalani procedure ni, better standby siap2 pad. Disebabkan takde bawak pad, nurse bagi pad yang untuk orang bersalin tu. Siap cakap ni, yang ni kita charge masuk dalam bil ya! Huhuhuhu.. whatever lah.. Sekali lagi dia suruh angkat punggung dan dia letak alas dekat bawah & pakaikan aku pad. Time ni takyah nak malu dah. Dah sakit kan..Redha je lah ape orang buat..huhuhuhu.
Dah settle part ni, nurse tanya lah ada nak apa-apa lagi tak? Aku tanya, boleh minum tak? Hihihi..sebab haus kot. Then nurse kata kejap & dia datang balik bawak cup kertas & straw. Siap tuangkan air bagi aku minum. Bagus sangat layanan nurses HCA Puchong ni.. Thumbs Up!
Malam tu memang banyak kali terjaga sebab tak selesa. Dan haus. Banyak kali minum tapi tak rasa nak kencing. Rupa-rupanya dah di pasang tiub kencing tu. Patut lah pelik nape takde rasa nak terkencing. Muahahahaha
Day2: 22nd July 2017
Memang terjaga awal pagi. Tak pasti kul bape. Melilau carik spek & fon. Aku ni dah lah rabun. Actually malam tu tak nampak sangat muka nurse yang datang tu. Bedside drawer boleh plak jauh sikit dari katil which is susah jugak lah nak capai. Time nk bangun tu memang sakit kat perut. Rasa tegang and berdenyut dekat bahagian luka tebuk tu. Pagi2 dah mesej suami suruh bawak pad. Memang tak selesa nak pakai pad yg hospital bagi tu.
Around 8am nurse ada datang tanya ada rasa loya tak? Aku memang takde rasa loya tapi rasa sakit kepala yang amat sangat. Nurse kata nanti dia bagitahu doc. Time tu memang nurse takda bagi apa-apa ubat sebab semua kena approval doc dulu.
Dalam kul 9pagi Dr.Silvam datang. Tanya lah macam mana keadaan semua. Aku cakap ok je cuma sakit kepala. Dia cakap tu biasa. Dia tanya jugak ada rasa loya tak, aku takda rasa pape. Maybe sebab aku tak fully bangun lg. Time tu still baring dalam keadaan 45 darjah. Sakit kepala tu maybe kesan bius. Time tu doc suruh naikkan lagi bahagian kepala, almost 90 darjah. Aku bagitahu lah loya takda tapi banyak buang angin:-D . Dari malam nye kot aku asyik kentut je..hihihi.. pastu doc kate boleh makan, dia mintak nurse orderkan pape like bubur or roti.
antara kesan-kesan bius
Tak lama lepas tu, roti pun sampai. Time tu dah mula rasa loya.. Terasa air liur makin banyak kt tekak. Nurse ade pesan kalo nak muntah bgtau. Aku pun trus tekan button untuk panggil nurse. Belum sempat nurse datang, aku dah termuntah! Yang sadisnya, roti tu aku baru bukak separuh, habis kena muntah. Nasib baik muntah air ngan angin je. Tapi sebab tak sempat tahan, habis tudung, baju & selimut sekali kena muntah. Nurse datang lah tuka kan baju, selimut semua. Siap tolong amekkan tudung dalam beg lagi sebab suami lum sampai lagi. Dan terpaksalah order makanan baru. This time dapat bubur.
Nurse ada cakap nak bukak dah tiub kencing tu, tapi aku tak ready lagi. Aku cakap tunggu suami datang sebab nanti senang nak g toilet. Nurse okay je. Just panggil je bila dah ready nak cabut. Dalam kul 12 tgh ari gak baru cabut tiub tu.. Pastu aku cakap ngan nurse nak tuka pad. Nurse siap tolong pakaikan seluar dalam lagi sebab aku nak pegi toilet basuh bahagian Miss V. Time tu lah dia tuka cadar semua yang dah kotor dgn cecair seakan darah tu. Baru lah rasa selesa nak baring balik. To be truth, ptg sabtu tu baru aku mandi. Lebih 24jam tak mandi :-D
Time ni dah mandi. Boring duk atas katil, tuka tempat ngan suami.
Ni dah boring tahap gaban..hahaha
Time ni aku mintak nurse tuka bilik ke single room. Sebab bilik ni fully occupied, tapi patient sebelah aku ni, kalo bukak video kemain kuat.. Sampai aku takleh tido. Dah lah kita tak selesa, sakit sana sini, sakit kepala lagi. Boleh pulak bising-bising. Time tu tekad nurse datang je terus mintak tuka single room! Tapi kena tunggu jugak lah sebab penuh. But alhamdulillah malam tu dapat tukar ke single room. Memang selesa & aman tido.. hehehe
Single Room, Bilik 57
Terpaksa gak pakai shawl sbb tudung
sarung dah kene muntah :-p
Doc sampai 2 orang :-D
Day 3: 23rd July 2017 (Ahad)
Time pindah bilik semalam, dah okay sikit dah. Tak rasa sakit sangat. Cuma nak turun katil tu je sakit sikit. Tapi pergerakan masih lagi slow lah. Time duk single room ni, even sorang-sorang, selesa nak bergerak. Penat baring, duk kat sofa. Aircond leh control sendiri. Nak bukak tudung pun tak ada masalah.
Dr. Silvam datang pagi tu dalam kul 9. Dia tanya suami ada datang tak? Sebab dia nak bincang pasal another issue yang dia discover time laporoscopy tu & dia nak suami ada sekali. Suami aku pulak hari Ahad tu dia kerja dari pagi sampai malam. So tak dapatlah bincang hari tu. And doc cakap esok dah boleh keluar. Hip hip horeyyy... Tak lalu dah nak duk hospital. Huhuhuhu.
Day 4: Endometriosis
Rupanya pasal ni yang doc nak bincangkan tu. Kenapa mesti ada suami? Sebab doc nak bagi 1 suntikan untuk hentikan pendarahan endo tu. So dia nak kan persetujuan bersama.
Apa itu endometriosis?
Uterus atau rahim dilitupi dengan lapisan tisu yang dipanggil endometrium. Tisu endometrium tumbuh hanya di bahagian dalam rahim, tetapi kadang kala ia tumbuh di luar rahim, biasanya dalam organ-organ pembiakan (ovari, tiub fallopian) atau dalam kes yang jarang berlaku, ia tumbuh pada usus kecil, dubur atau pundi kencing. Keadaan ini dipanggil endometriosis.
Simptom-simptom biasa endometriosis termasuk:
- sakit pelvis yang teruk;
- senggugut yang sangat teruk;
- sakit ketika membuat hubungan kelamin;
- sukar untuk hamil;
- sakit semasa ovulasi;
- darah haid keluar banyak atau tidak normal, contohnya hanya keluar tompokan darah sahaja;
- sakit ketika membuang air besar, cirit-birit, sembelit atau masalah usus yang lain semasa datang haid;
- sakit apabila membuang air kecil atau terlalu kerap membuang air kecil semasa datang haid;
- lesu.
Aku ada simptom 1, 3 & 6 sahaja.
Untuk info lanjut mengenai Endometriosis, boleh ke link ini;
Doc tunjukkan video operation hari jumaat tu dan tunjuk lah cyst yang dia buang dan juga kat mana endometriosis tu berlaku. Doc cakap endo aku agak teruk jugak dan dah lama berlaku (lupa nak tanya stage berapa). So dia memang suggest untuk amek injection tu. Aku pernah dengar pasal injection tu sebab ade few friends yang amek sebab mereka merancang. Tapi tak sure apa kesan & akibatnya.
Disebabkan endo aku agak teruk, so doc memang suggest amek injection untuk 3 bulan terus. Nama injection tu Lucrin Depot.
Apa tu Lucrin Depot? - Lucrin tu merupakah satu analog GnRH (hormon pelepas gonadotropin) yang amat berkesan untuk rawatan endometriosis. Setelah menjalani terapi selama 6 bulan, didapati 99% pesakit mengalami kesakitan yang berkurangan semasa kedatangan haid.. 77% pula melaporkan pengurangan dalam keradangan bahagian pelvik dan 70% lagi melaporkan pengurangan kesakitan pelvik (sumber dari Mr.Google)
Macam mana Lucrin bertindak? - Lucrin menghentikan (suppress) pengeluaran hormon, menyebabkan haid tak datang. Kena ingat, endometriosis ni mendapatkan makanannya waktu kita datang haid. Bila haid datang, sel endometriosis ni pun berdarah sama.
Kesan sampingan yang biasa:
- Hot flushes - Tengah rasa sekarang. Even duduk dalam aircond pun badan rasa bahang.
- Berpeluh - Dah badan rasa panas, confirm berpeluh jugak.
- Tiada period - Maybe. Baru seminggu injection. So belum tahu lagi.
- Withdrawal bleeding - Now mmg still bleeding. Sebab laporoscopy cyst ari tu pun ye jugak.
- Ketidakupayaan seksual
- Libido berkurangan
- Kekeringan vagina
- Perubahan saiz dan kelembutan payudara
- Sakit sendi
- Sakit otot
- Peripheral edema
- Pening
- Sakit kepala
- Rasa melayang-layang
- Muntah
- Sembelit
- Perubahan mood (mood swings) - Ada perasaan jugak tetiba rasa moody.
- Reaksi tempat suntikan
- Thrombophlebitis - inflamasi urat yang berkait dengan darah tersumbat
- Pengurangan jisim tulang
- Pelupa
Sebelum ambil injection tu memang doc dah explain kesan-kesannya. So time doc tanya, aku tengok suami. Dia macam biasa lah, ikut je keputusan aku. So we decided untuk ambil.
Lepas jumpa doc tu balik bilik dulu. Time tu pun awal lagi. Pukul 9 lebih. Nanti doc akan datang bilik untuk bagi injection tu. So doc datang dalam pukul 12 and buat injection dekat perut. Macam biasa soalan aku, Sakit tak? Hihihi.. Sakit lah jugak wehh..tapi kejap je, pastu ok dah..
Doc bagitahu dah boleh discharge. Dari kul 12, pukul 4 ptg baru settle. Almaklum lah, claim insurans kan, so nak tunggu approval dari insurans tu yang lama. Aku cuma kena bayar less than RM20. Tu pun sebab aku 'beli' pad tu..
Charge RM300 tu pun HCA reversed balik ke CC aku. Settle payment semua, terus keluar bilik & ke bahagian farmasi ambil ubat and tunggu orang pickup sebab aku takleh drive lagi camtu.
Terus terang cakap sebelum ni tak pernah amek tahu pasal penyakit-penyakit ni semua. Yang aku pernah dengar pasal cyst je sebab akak aku pernah alami. Pasal endo ke ape ke semua tak tau. Sebenarnya memang aku dah niat nak jumpa gynae untuk tahu pasal sistem peranakan aku ni plus memang tgh TTC. Tapi sakit ni dah menjadi asbab untuk aku tahu keadaan rahim aku lebih awal.
So nasihat aku dekat wanita-wanita dekat luar sana, jangan takut nak jumpa gynae. Muda atau tua bukan masalah. Sekurang-kurang nya kita tahu awal daripada kita mencuba dan tak menampakkan hasil, end up keep blaming each other & masalah-masalah lain timbul.
Hari ni, 31st July pergi checkup selepas seminggu keluar hospital. Alhamdulillah luka pun mengering dengan baik skali. Cuti sakit berbaki 10 hari lagi. :-D





Tq for sharing.. Our experience mmg sama. Lepas operation, tekak kering, tak selesa etc
ReplyDeleteRina buang fibroid&cyst. Sgt tak selesa after operation. Mmg xrasa apa2. Semua nurse tlg. Pad depa tukarkan. Tang bawah tu depa bersihkan. Rina kuar ot jam 3.50pm. Day 1 penuh dgn tak igt apa2 Day 2 nurse tlg lap2 1 badan.. Merayu2 minta buka tiub kencing . Mlm tu baru bley bgn sbb dh x pening2.. Haha
Salam hai cycst bagaimana endo u skg dah ok ke saya baru disahkan endo jugak ambik lucirin juga
ReplyDelete