Aku, Ovarian Cyst dan Endometriosis (Part 2)
Assalamualaikum w.b.t,
Part 1: Klik sini!
Part 2: Hari appointment (21 Julai 2017)
Aku just datang je around 9.30am camtu sebab takda fix time pun nurse bagi time aku call. Dia cuma cakap datang je dulu untuk buat ultrasound etc. Since dah tau memang nak warded kan, so memang dah standby siap-siap malam tu semua keperluan untuk sehari such as baju & baju2 dalam, seluar, tudung sarung (paling senang, tak dan nye nak lilit2 shawl time sakit tu..hihihihi) dan toiletries.
Masuk je lobi terus amek no untuk registration, cakap ada appoinment dengan Dr.Aru. Then staff dekat counter check & bagi form untuk serahkan ke Station A. Sebab aku penah datang 3 hari sebelum tu, so semua details dah ada. Tak perlu nak isi apa-apa dah. Kalau first time, ada minta isi form dulu. So dah dapat form tu, terus ke Station A. Jumpa lah dengan nurse bernama Aishah. Dia nurse Dr.Aru. Time aku buat appointment pun aku bercakap dengan dia. Pastu dia tanya, "äkak nak admitted kan?". Aku pun angguk je lah. Dia mintak IC & Medical Card aku. Pastu dia tanya, bila last aku makan. Aku cakap lah kul 9, makan roti sekeping. Dia tanya balik, "saya takda suruh akak puasa eh semlm?". Aku jawab je lah memang takde. Tak tau pulak kena puasa. Rupanya dia suruh puasa sebab time ultrasound nanti, taknak ada bendasing dalam perut.. Mana lah aku tau (hihihihi).
Lepas nurse Aishah amek IC & Medical Card aku, dia mintak aku bwk 1 form ke bahagian radiology untuk ultrasound. Dah bagi form tu, duduk je lah tunggu nama dipanggil. Staff kat situ siap pesan tahan kencing. Punya lah lama tunggu sampai aku takleh tahan nak g toilet. Dah lah aircond sejuk gila ke aku yang tak tahan sejuk..huhuhuhu... Dah tak senang duduk plus aku rasa nama aku lambat lagi nak panggil, aku g je toilet... Time tu lega skit sebab selagi tak kencing, kat ari2 tu memang sakit sgt! Tapi kan, nasib baik aku tak tahan kencing tu sbb memang lama giler tunggu sebab orang ramai. Sementara tunggu tu, nurse Aishah panggil jumpa Dr. Aru dulu. Procedure dia sama je macam aku g klinik ari tu, dia suruh baring atas katil then dia tekan kat bahagian yg aku cakap sakit tu. Time tu memang rasa nak sepak je doc ni..sakit kot! Then dia tanya, ada sakit pinggang tak. Aku cakap ada. Kadang-kadang sampai kaki lenguh. Then dia explain sikit-sikit and suruh aku pegi balik ke radiology.
Tak lama lepas tu nama aku dipanggil. Buat ultrasound KUB (Kidney, Uterus, Bladder). Lepas ultrasound terus tunggu dekat luar bilik Dr.Aru sebab nanti result doc terus dapat & then baru panggil kita balik. Time ni tak lama sangat tunggu, tapi kesakitan makin dirasa sebab banyak berjalan. So doc pun explain lah pasal ultrasound tu Buah pinggang nampak okay tapi ada bengkak sikit. Impression dari ultrasound tu, maybe infection atau distal obstruction (atau mudahnya blockage). So doc mintak buat CT scan untuk tau samada ada batu ke tak. Kalau takda, means it just an infection. At the mean time, dah dpt approval utk warded dr insurans. Kira ok lah tak terasa lama nak tunggu sebab kita kena buat benda lain dulu. So pegi balik ke Radiology untuk CT Scan plak. First time ni buat CT Scan. Kena tuka baju, pakai baju yang dorang baju macam jubah tu. Semua kena bukak kecuali seluar dalam (nasib baikkk).
macam ni lah rupa mesin CT Scan tu
Time nak scan tu, ikut lah apa dia kata, tahan nafas, hembus...tahan nafas, hembus.. hihihi...ikut je lah.. yang tak tahan tu, lama plak kena tahan nafas! Rasa nak pengsan tahan..hihihi. Procedure ni tak lama pun, macam tak sampai 10 minit. Dah sudah tu, pegi balik dekat bilik Dr. Aru & tunggu lagi.
Kira tu kali ke-3 aku jumpa dia and result CT scan. Result, no stone noted along the urinary system (means takde lah batu, so infection je). Bladder pun normal. Tapi nampak ada sesuatu. So doc mintak buat ultrasound part ovary pulak. Time ni lah baru nampak sesuatu tu.
Left ovary nampak membesar & ada few cyst dekat left ovary. Largest cyst 1.8 x 1.6cm and consider as hemorrhagic cyst. And kes aku di refer ke gynae on duty hari tu, Dr.Silvam.
Apa itu Hemorrhagic cyst?
Cyst yang mengandungi darah, ia bolih bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan segera.
Waktu tu dah pukul 2 lebih rasanya and doc asyik ingatkan jangan makan. Bayangkan pagi makan roti sekeping pastu duk dalam aircond yang sejuk giler, memang lapar giler! Suami aku jugak setia menunggu even dia boring..hahaha..sayang bini kena lah teman :-p
Jumpa Dr. Silvam, dia buat ultrasound lagi skali dalam bilik dia & memang nampak lah cyst tu. Yang tak best nye, dalam satu hari bape banyak kali kat part sakit tu kena tekan, memang rasa nak nangis dah. Memang time doc tekan tu, mata dah berair. Dari pagi kot asyik kena tekan je.. Elok tak berapa sakit terus sakit gila2!
So doc explain lah serba sikit & bagitahu dia akan buat emergency operate malam tu jugak. Yang buat sakit tu sebab salah satu nya is twisted ovarian cyst. Means, cyst tu dah berpintal dekat dalam ovari, tu yang mendatangkan kesakitan. Dan sekali lagi aku diingatkan untuk tidak makan. Tapi doc cakap akan drip air dulu. Ingat drip tu sama ke macam makan bg org yg kaki makan macam aku ni.. (huhuhuhuhu)
Disebabkan katil still belum clear (patient yg discharge that day belum keluar lg), so aku ditempatkan sementara dekat emergency. Yang kelakar nya dari bilik Dr. Silvam, naik wheelchair. Rasa macam kelakar pulak. Nak pulak nak ke emergency tu lalu sebelah lobi, semua duk perati je. Tapi at the same time aku suka gak sebab takyah jalan sebab time tu pinggang belah kiri memang dah sakit sangat.
Time dekat emergency tu, staf bahagian admission ada cakap GL dah dapat, tunggu katil then nanti kene buat payment RM300. Aku pulak kesiankan suami sebab tak makan lagi dari pagi. Tapi since dia kata tak apa, settlekan hal aku dulu, then lega sikit dengar. Time suami aku keluar pegi mane ntah, staff admission tu dtg bagitahu dah boleh buat payment. So aku cakap nanti suami pegi bayar. Dah settle payment, belum dapat katil lagi tu. Still kene tunggu lagi. Then aku cakap ngan suami aku takpe lah.. pegi lah makan dulu & balik amek motor. Nanti kalau dapat katil, nurse boleh bawak kan.
Lepas buat payment tu, nurse datang bagi toiletries kit. Complimentary dari HCA. hahaha
ni lah toiletries nye. Complete set skali ngan tuala. Ok lah jugak
Pastu sorang-sorang nurse datang. Amek urine and nurse start pasang branula. Time tu mula lah rasa seram. First time weh..tak pernah rasa pun sebelum ni. Nurse tanya dulu prefer tangan mana, cakap lah kanan. Sebab duk pikir kalo tangan kiri nanti nak cuci berak susah.. hahahahahaha. Tapi akhirnya terpaksa juga pasang dekat tangan kiri sebab kegagalan carik urat tangan kanan. Siap tanya kat nurse lagi "Sakit tak?"..hahaha..macam budak kecik kan.. nurse gelak je. Dia jawab tak sakit. "tak pernah kena cucuk ke" dia pulak tanya aku balik. Aku jawablah tak. Then best part is dia tanya "time bersalin tak kena cucuk ke?".. huh! Aku belum penah beranak lah! Time dia cucuk tu memang tak tgk pun. Aku ni sejenis yang ngeri tgk benda-benda macam tu. Tau-tau dah siap & 2 tabung darah aku jugak berjaya di sedut...uhukss... and terus di masukkan air.
ni lah dia..drip air sebab mmg dah kena start puasa.
Pas pasang branula and drip air, baru suami aku balik. Nasib baik ada kawan dia baik hati tolong amek & hantar balik rumah. Time ni aku menggigil okay...even ade selimut tu, tapi suhu dia MasyaAllah! Nak tido pun tak boleh sebab sejuk sangat. Dan aku berjaya pegi toilet dengan bawak natang ni. Hahahaha. kawan aku yang datang tengok aku time ni siap tanya, "kau tak takut ke?". Wehh..time ni tak takut lagi.. Sebab tak terbayang pape lagi. Still blur plus lapar giler. Time tengah borak-borak tu nurse pun datang bagitahu katil dah ready. So ditemani kawan aku ni, nurse tolak lah masuk ke bilik. Time ni dapat bilik yang 4 bedded. Kalo ikut insurans, layak dapat single room tapi dalam waiting list sebab penuh. HCA kene besarkan hospital dia lah. Kecik nau. Manjang nye penuh..huhuhuhu
Dapat katil tu dalam kul 4 lebih. Dapatlah rehat dengan selesa. Bila suami aku datang , kawan aku pun balik. Nurse datang bawak baju yg mcm jubah tu suruh salin. Kena bukak semua sekali termasuk seluar dalam.I was like....awalnya! Rasanya operation dalam kul 8mlm camtu.
Aku tuka baju dalam pukul 5 lebih macam tu. Tak lama lepas tu Dr. Ramesh datang. Dr. Ramesh ni doktor bius. Dia explain lah pasal procedure bius untuk operation tu nanti then tanya sikit soalan. Lepas dia explain tu, harus lah sign declaration form sume tu. Memang banyak nak kena sign. Aku pun tengok sekali imbas je..huhuhuhu..
Dalam pukul 7 camtu, Dr.Silvam datang. Dia yang akan lakukan procedure laparoscopy tu. Dia explain sikit-sikit je and asyik cakap "Adik jangan takut lah. Tak ada apa.". Dr.Silvam ni memang lembut je cakap. And always smile. Tengok dia terus rasa tak takut. Dah dia kata jangan takut kan.. Hahahahha. Pastu dia tanya ada batuk tak. Aku cakap ada. Aku memang kuat batuk. Then dia cakap nanti dia bagi neb. Ni pun first time buat..hahaha
candid. suami aku amek gambar.
Lepas neb ni, sempat lah aku tido sebab lama lagi nak tunggu kul 8. Time ni dah cuak sikit-sikit lah. Gambar-gambar lain memang tak dan nak snap. Time tu memang fikir nak cepat-cepat operate & sihat seperti sedia kala.
Aku tak perasan pukul berapa time nurse 2 orang datang cakap dah kena ke OT. Aku macam...is it now?? Tetibe rasa takut. Dup dap dup dap.. Yelah..awak mane penah lalui semua ni. Aku mintak suami aku stay sampai aku habis operate. Sebab aku tau lepas operate mesti tingtong (penah jaga mak operation dulu.so tahu lah..huhuhu). Memang perlukan orang jaga. Tapi sebab aku duk bilik 4 katil, tak dibenarkan penjaga, so aku mintak suami tunggu je.
Disebabkan procedure aku tu malam, so nurses tu tarik je katil aku terus ke OT. Padahal aku rasa boleh je naik wheelchair. Sempat nurse tu tanya, "Akak takut ke?". Giler tak takut. Tapi time tu aku menggigil sebab sejuk, bukan takut. Pastu nurse 2 org tadi serahkan aku dekat nurse di OT pulak. Dan kena cabut tudung & pakai cap yang disediakan. Spek pun kena bukak jugak. Nurses tu pass kat suami aku. Dorang mintak aku bertuka katil. Mengengsot lah tuka katil. Dah lah baju seksi (tali dekat belakang, mmg terdedah abes & tak pakai seluar dalam.). Tapi time tu semua malu tu hilang. Nasib baik nurses perempuan. Dan aku ditolak masuk ke OT.
Benda pertama aku nampak, lampu yang dalam OT tu. Selalu tengok dekat dalam TV je. Dalam tu Dr.Ramesh dah standby dah dengan beberapa orang lagi. Dia panggil nama aku, Syima. Sebab memula jumpa dia tanya selalu panggil nama apa. Nanti aku cerita kenapa dia tanya.
So dia explain lagi sekali apa yang dia akan buat. Bius akan masuk melalui branula tu. Then dia akan bagi gas ape ntah (aku tak pay attention pun time dia cakap tu. Angguk je) & in few second aku akan pengsan. Tapi sebelum tu dorang bagi warmer, masuk dalam selimut dari kaki. Time tu memang syok worr.. Bayangkan sebelum tu dah menggigil tahan sejuk, bila dapat angin suam camtu, memang syok ar. Then doc cakap nanti dia tuka branula tu ke tmpt lain sebab aku ngadu sakit (hihihihi..memang pun!). Time tu jugak ada sorang nurse pasang macam-macm kat dada. Untuk monitor jantung etc. Dan Dr.Silvam pun datang time tu jugak. Nampak lah dia sekilas je macam tu. After few minutes, aku terus tak sedar apa-apa. Seriously memang tak tahu bila doc masukkan ubat bius tu sume..
Aku sedar bila aku dengar ada orang panggil nama aku "Syima..syima..awak boleh dengar saya tak?" Sambil tu bahu aku ditepuk-tepuk lembut. Aku bukak mata sikit-sikit dan jawab "Ya". Nampak lah muka Dr. Ramesh kat sebelah kiri aku dan beberapa orang nurse sebelah kanan. Then dia terus cakap dah habis operation and boleh bawak balik ke bilik. At first tadi doc tanya nama panggilan kita sebab tu lah.. Supaya senang dia nak panggil. Kalau nama ada Nur Bedah Aminah Joyah kang susah pulak doc nak sebut. Ni mengikut pemikiran aku lah.. Kalau salah tolong betulkan :-D
Dalam mamai-mamai tu kene bertukar katil semula untuk di bawa ke bilik. Dr.Silvam pun ada tapi aku tak sedar sangat time tu pukul berapa. Memang mata susah nak bukak & tekak perit. Memang rasa mengantuk sangat. Kalau nak tau, time operate tu aku siap mimpi! Hahahaha.... Aku tak tahu apa doc cakap ngan suami & dia tengok everything was fine, dia pun pegi. Yang aku ingat, aku tanya suami aku dah pukul berapa, dia cakap 11 malam lebih. Since tak boleh tunggu, suami aku pun balik. Aku sambung tido..




Comments
Post a Comment