From A to B

Assalamualaikum w.b.t

As I promised in last update, kali ni nak cerita pasal azam tahun 2013 yang dah tercapai pada penghujung 2013 dan diteruskan bersama azam tu dalam tahun 2014.

"Aduiii..pening plak baca ayat ko ni..."

Okey..okey...aku kasi tau lah apa azam tu.. (macam sebelum2 ni, aku simpan yang belum tercapai sebagai rahsia.)

Azam 1: Mencari calon suami :-)

Ehem..ehem...macam gatal je bunyi azam ni kan? Kalo diikutkan dengan umur aku yang tak berapa nak muda ni, mencari calon suami tu amatlah penting. But takde lah sampai tahap desperado lagi sampai mana-mana lelaki pun sebat..hehehehe

Masa pertengahan 20-an (well..mmg aku dah late 20's pun..hihi), time tu tak terpikir lagi nak carik calon suami. Time tu duk pikir nak cari boipren je.. Tapi bila dah lepas umur pertengahan tu, baru lah rasa nak fokus betul-betul untuk cari calon yang boleh dibuatkan suami.

Ditambah pulak dengan umur yang semakin meningkat, lagi menambahkan kesukaran untuk aku mencari calon. Sebab kebanyakan lelaki sabaya aku anak dah 2-3 orang..hihihihi..tak ramai yang bujang. Kalau ade pun, yang dah berpunya..Haihhh..susah nye nak cari suami..huhuhuhu

Dalam masa tu, ada jugak lah kenal dengan beberapa orang lelaki. Ada yang lagi tua dari aku, ada yang lagi muda dari aku. Tapi aku ni jenis tunggu dan lihat. Berkawan tak kisah kan berapa ramai sekali pun asalkan bila bercinta tu biarlah satu.. (jiwang plak tetibe)

Selepas kekecewaan (hukhukhuk..sedeyyy) pada tahun 2012, aku jadi macam tawar hati sekejap. Ye lah kan, mana tak nya, waktu tu aku memang menaruh harapan kat dia kot. Sekali dia kecewakan aku dengan bertunang dengan orang lain. Last2 tak kawin pun dengan tunang dia tu, tunang dia kawin dengan orang lain..Padan muka hang! Buat lagi camtu kat aku (wahhh..syaitan sgt ko ye..padankan muka org..huhuhu). So sepanjang tahun 2013, aku memang takde sesapa yang bertakhta di hati (ayat takleh blah). Sampai lah pada satu hari tu, di penghujung tahun 2013, aku ada approve 1 friend request kat fesbuk.

Aku ni sebenarnya jenis yang malas nak approve entah sesapa yang add aku kalau aku tak kenal. Time tu tak silap aku, aku nak approve friend request kawan aku, pastu aku nampak nama sorang mamat ni..Memang tak kenal lah..Tengok mutual friends dia suma ex-colleague aku. Then tak tau lah kenapa jari ni gataiii benor g tekan button "Accept". Then habis kat situ je.

Tanggapan aku lah yang habis kat situ, tapi sebenarnya tak! Tak lama lepas aku accept friend request dia, dia message aku kat fesbuk.. Aku lak time tu memang tengah boring, layankan je lah mamat ni message.. Beberapa hari message kat fesbuk, dia mintak no fon plak..aku jual mahal, taknak bagi..hahaha..tapi lepas tu aku bagi jugak sebab malas nak message kat fesbuk. Dalam seminggu jugak message2 kat wassap, dia ajak jumpa. Ahh...sudah! Ajak jumpa pulak...ni part yang aku paling tak suka sebenarnya..Aku ni ade low self-confident sikit. Almaklumlah, orang tak lawa. Jadi rasa rendah diri dah takut tak diterima pulak nanti. Nak pulak aku tengok mamat ni bukan main encem lagi. Ada rupa. Orang Borneo plak tu..putih melepak! Aku ni yang hado je.. Waktu tu mula lah pikir macam-macam. Boleh ke mamat ni nak jumpa aku...Takutnyeeee...!

Aku cerita pasal hal tu kat housemate aku, dia bagi galakan suruh jumpa lagi. Siap cakap "mungkin ni jodoh akak"..wahhh..kemain housemate aku pancing aku ehh... Then aku pikir-pikir balik, apa salahnya kan. Kalau dia taknak kawan dah lepas tu pun, aku kene teruskan jugak hidup (amboiii...kemain motivate diri sendiri...)

After set date & time, maka aku pun berjumpalah dengan dia. Detailsnya aku akan cerita dalam next entri okeh... =)

"We accept the love that we think we deserve"
- Stephen Chbosky-

Comments

Popular Posts